DEVINDRAN RAJU
Pengurusan Rantaian Bekalan (Supply Chain)
Kursus Dua (2) Hari

 
Pengenalan
Pengurusan Rantaian Bekalan (SCM) melibatkan pengoptimuman operasi untuk memaksimumkan kedua-dua kelajuan dan kecekapan. Pengurusan rantaian bekalan mempengaruhi keupayaan kita untuk memenuhi permintaan pelanggan dan mencapai kelebihan daya saing. Ia menentukan keberkesanan dan kecekapan kita mengendalikan aktiviti- aktiviti pesanan pelangan, pembelian, pengeluaran, penyimpanan dan pengedaran. Mana-mana gangguan rantaian bekalan yang dijangka atau tidak dijangka boleh merosakkan seluruh aspirasi perniagaan. Pengurusan Rantaian Bekalan adalah elemen penting untuk kecekapan operasi. Oleh kerana SCM memainkan peranan penting dalam organisasi, majikan mengharapkan pekerja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan mendalam tentang SCM.

SCM memberi impak kepada perkhidmatan pelanggan dengan memastikan pelbagai produk yang betul dan kuantiti disampaikan dengan cara yang tepat pada masanya. Sebagai contoh, dengan membangunkan rantaian bekalan yang lebih cekap, kita boleh menghantar pesanan lebih cepat kepada pelanggan. Pelanggan akan memilih syarikat yang memenuhi keperluan mereka paling cepat dan ini memberikan kita kelebihan daya saing dalam industri. Selain kepuasan pelanggan, SCM yang berkesan juga mengurangkan kos, meningkatkan kualiti dan memberi margin keuntungan yang lebih tinggi . Atas sebab-sebab di atas, pengurusan rantaian bekalan telah menjadi satu topik yang penting dalam isu-isu perniagaan dan pengurusan strategik.

Objektif:

Memahami pelbagai bidang rantaian bekalan dan kaitan antaranya
Memahami dengan jelas tentang process Pembelian & Perolehan
Kenalpasti penyimpanan, penyelenggaran dan sistem pengendalian yang diperlukan dalam keadaan logistic yang berbeza
Menerajui keperluan proses logistic antara pusat pengeluaran dan syarikat logistik
Mengenal pasti teknologi yang diperlukan bagi keberkesanan rantaian logistic syarikat