Training Series: Pengurusan & Operasi Stor/Gudang & Inventori

Pengurusan & Operasi Stor/Gudang & Inventori

Introduction

Kemudahan Gudang memainkan peranan yang penting dalam proses rantaian bekalan keseluruhan. Gudang juga di kenali sebagai pusat pengedaran. Perniagaan yang terlibat dalam menyimpan barang-barang fizikal memerlukan satu amalan pengurusan gudang yang berkesan. Amalan itu adalah perlu untuk memastikan produk selamat disampaikan daripada pembekal rangkaian kepada pengguna. Amalan-amalan tersebut yang mestilah releven, mudah untuk digunakan dan yang paling penting , ia perlu sesuai dengan anggaran kos syarikat. Dengan mengambil kira bahawa gudang boleh menjadi pelaburan modal terbesar syarikat dan juga tempat menunggu sebelum produk sampai pelanggan. Pengurusan Gudang dengan baik dan terancang menawarkan pelbagai kelebihan dalam usaha untuk kekal berdaya saing .

Dengan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk dari awal hingga akhir, hasilnya akan menjadi sebuah kemudahan yang beroperasi dengan cekap, menggunakan ruang secara berkesan , mengekalkan kawalan kos dan pada akhirnya, mencapai matlamat utama jangkaan organisasi.

Methodology

  • Kuliah
  • Pembentangan
  • Perbincangan kumpulan / interaksi
  • Kajian kes

Course Objectives

By the end of this course, you will be able to:

  • Menganalisis isu-isu dan konsep-konsep yang berkaitan dengan pengurusan gudang dan stor.
  • Mereka- bentuk dan menguruskan operasi gudang.
  • Meningkatkan ketepatan, pengesanan dan mengurangkan masalah.
  • Memahami sistem yang berkesan untuk menguruskan gudang dan stor.
  • Mengenal pasti cara terbaik untuk mengukur dengan tepat prestasi gudang.

Who should attend

  • Eksekutif, Pegawai, Penyelia Logistik , Gudang , Jualan , dan Perancangan.
  • Pemimpin Bahagian, perkeranian Logistik , Gudang , Jualan , dan Perancangan

Program Outline

MODUL 1: CIRI-CIRI GUDANG/STOR

  • Kemudahan Sokongan Gudang
  • Rekabentuk dan susun atur Gudang
  • Sistem Penyimpanan Gudang

MODUL 2: PENGURUSAN OPERASI GUDANG

  • Prosedur menerima stok
  • Mengenal pasti stok & Sistem Rakaman
  • Prosedur Penyimpanan

MODUL 3: OPERASI PENGAGIHAN PRODUK

  • Pengambilan Produk & Semakan
  • Pembungkusan
  • Pemunggahan & Rekod keluaran

MODUL 4: PENGURUSAN INVENTORI

  • Fungsi Inventori
  • FIFO & Kos memegang stok
  • Mengurus paras pegangan stok

MODUL 5: PENGIRAAN STOK/INVENTORI

  • Jenis-jenis Pengiraan Stok
  • Perbezaan rekod & Pembetulan
  • Sebab-sebab percanggahan stok

MODUL 6: KESELAMATAN

  • Risiko, bahaya dan cara mengatasi
  • Tip-tip keselamatan pekerja
  • Perlindungan keselamatan Gudang

MODUL 7: STOR/GUDANG BERKUALITI

  • Ciri-ciri Gudang yang cekap
  • Keberkesanan Kos
  • Mematuhi peraturan dan undang-undang

MODUL 8: KAJIAN KES & TUGASAN KUMPULAN

Facilitator & Details

-

Pengurusan & Operasi Stor/Gudang & Inventori

Date: 25 September & 26 September 2023 (Monday & Tuesday)

Click HERE to register!